Myspace Glitter Text

Friday 18 November 2011

Pengajaran Tatabahasa-Antonim




Semasa mengajar antonim, saya telah menggunakan kaedah didik hibur iaitu nyanyian dan permainan “Mencari kawan". Semasa melaksanakan pengajaran ini, saya telah meneliti tingkahlaku murid dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid berasa amat gembira dengan nyanyian dan permainan  yang dilakukan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid saya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid saya dapat membaca dan mengenal antonim yang diajar.

Lagu Mencari Kawan
Satu Dua Tiga, Kawan Saya Di mana?
Di mana...Di mana... Kamu Sembunyi?
Oh...Oh...Kamu Sembunyi Di Sini...


1 comment:

  1. Kebanyakkan murid memang suka bermain dan menyanyi.Mereka akan kelihatan seronok apabila diberi peluang menyanyi bersama-sama.Tetapi, bagi mereka yang tidak suka menyanyi, apa yang boleh cikgu lakukan? Saya terdapat murid yang akan menangis jika saya meminta dia menyanyi sedangkan waktu itu waktu Pendidikan Muzik.Saya amat pening kepala dengan murid-murid sedemikian.

    ReplyDelete