Myspace Glitter Text

Wednesday 7 December 2011

Masalah Yang Menyebabkan Kegagalan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.Kegagalan-kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa:
  a. Sebutan             d. Ayat                    g. Peribahasa
  b. Ejaan                 e. Kata
  c. Imbuhan             f. Intonasi   

2. Masalah dalam aspek penguasaan bahasa:  
    a. Sebutan   
        Sebutan menghadapi dua jenis masalah. Pertama masalaha dalam bahasa Malaysia itu sendiri
        dan kedua masalah dari luar. Dari dalam bahasa Malaysia sendiri, terdapat masalah menetukan
        sebutan baku berbanding dengan sebutan dialek.
   
    b. Ejaan 
        Ejaan kata-kata pinjaman merupakan satu masalah lain. Dasar yang dikuatkuasakan ialah untuk
        memudahkan pembelajarran, huruf yang tertentu sahaja sering ditukar, iaitu yang tidak berfungsi
        , atau bunyi-bunyi yang tidak konsisten dalam bahasa Inggeris. Misalnya, huruf eo dalam  
        homogeneous boleh digugurkan.
  
   c. Imbuhan   
     Imbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian - kan, me-, di-, dan ber-.
     Misalnya -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya membelikan buku( -kan tidak
    diperlukan kerana beli sudah transitif.
                     
   d. Ayat 
     Masalah struktur ayat juga agak sering berlaku . Satu lagi kesalahan  pada peringkat ayat ialah
     penggunaan penutup frasa seperti itu dalam ayat. Contohnya Menteri itu yang baru pulang.
  
   e. Kata
       Pengguanaan kata-kata tertentu dalam pertuturan sebahr-hari juga menunjukkan beberapa
       kesalahan. Selalu juga terdapat kata-kata yang salah digunakan seperti Tukang Jahit Wanita
      Tukang Jahit Pakaian Wanita).
  
   f. Intonasi   
      Intonasi adalah suatu masalah yang sering juga berlaku. Intonasi Inggeris, Cina atau India kerap 
     digunakan dalam ayat-ayat bahasa Malaysia.
  
   g. Peribahasa
      Ada banyak peribahasa asing yang dipinjam ke dalam bahasa Malaysia, ada yang cocok dan ada
      yang janggal. Kita harus berhati-hati dalam hal ini sebelum yang janggal itu menjadi terlalu biasa
      dan tidak dapat ditentukan lagi tarafnya.
    
  

Sunday 4 December 2011

Langkah 'Tunjuk Dan Eja' Perlu Betul

 Sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah perlulah dititikberatkan.

Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :
Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan.

Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.


Gambar 2 ini menunjukkan cara menunjuk suku kata dengan betul. Kita perlu menunjuk suku kata dengan tidak menutup perkataannya semasa membaca. Kita sebagai guru bahasa perlulah sentiasan menitikberatkan masalah yang akan dialami murid kita dan memberi tunjuk ajar yang betul.
                                                       

                                                        

                                                        


                                

Saturday 3 December 2011

Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
Teknik main peranan          Teknik perbahasan       Teknik drama

Teknik permainan bahasa      Teknik kuiz              Teknik perbincangan     

Teknik latih tubi               Teknik sumbangsaran    Teknik forum

Teknik bercerita               Teknik soal jawab        Teknik dialog

Teknik inkuiri                  Teknik simulasi


TUJUAN TEKNIK
Menarik minat murid                   
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu