Myspace Glitter Text

Sunday 4 December 2011

Langkah 'Tunjuk Dan Eja' Perlu Betul

 Sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah perlulah dititikberatkan.

Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :
Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan.

Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.


Gambar 2 ini menunjukkan cara menunjuk suku kata dengan betul. Kita perlu menunjuk suku kata dengan tidak menutup perkataannya semasa membaca. Kita sebagai guru bahasa perlulah sentiasan menitikberatkan masalah yang akan dialami murid kita dan memberi tunjuk ajar yang betul.
                                                       

                                                        

                                                        


                                

No comments:

Post a Comment