Myspace Glitter Text

Tuesday 29 November 2011

Masalah Pengajaran Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Di Dalam Kelas




Dari pengalaman saya, dalam mengajar semua aspek dalam Bahasa Melayu, aspek Tatabahasa merupakan satu aspek yang amat sukar dijalankan di dalaam kelas. Sedia kita mengetahui bahawa pengajaaran tatabahasa di dalam kelas selalunya membosaankan murid kita dan kurang menarik minat murid kita dalam mengikuti bahagian yang seterusnya.Selalunya kita mengajar tatabahasa dalam kelas adalah secara langsung dengan menerangkan hukum dan rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contoh yang umum sahaja. Boleh dikatakaan semua guru bahasa selalu menggunakan teknik pengajaran ini untuk pengajarannya dalam tatabahasa tanpa ada sebarang perubahan. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan lagi bentuknya. Bagi murid pula, mereka kebiasaan kurang berminat untuk belajar tatabahasaa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik pengajaran yang guru gunakan tidak dapat menari perhatian mereka.
 

  Oleh itu, guru-guru bahasa perlulaah kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid kita. Sebenarnya terdapat banyak teknik pengaajaran yang boleg digunakan untuk mengajar tatabahasa kepada murid-murid . Dengan berdasarkan pengalaman saya, murid lebih menarik dengan teknik yang menarik seperti nyanyia , lakonan, kuiz dan sebaginya. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah melalui teknik nyanyian. Saya juga suka akan penggunaan teknik nyanyian dalam pengajaran saya. jadi , perkaara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah dapat menarik perhaatian murid kita dan tidak akan membosankan mereka.
Sendiri Mencipta Alat Bantu Mengajar
Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik juga amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kita.Alat bantu mengajar seperti kad imbasan, kad-kad bergambar, video, benda maujud dan sebagainya dapat menjadikan pengajaraan dan pembelajaaran kita menjadi lebih menarik dan berkesan.
    
 










  




 


       


Monday 28 November 2011

PENGGUNAAN LAGU PENJODOH BILANGAN SEBAGAI INDUKSI

Set induk merupakan satu langkah permulaan yang amat penting bagi memastikan sama ada pengajaran kita yang seterusnya dapat diteruskan dengan berkesan. Oleh itu, kebiasaannya saya akan memulakan set induk si saya dengan nyanyian, teka-teki, dan bercerita. Sekarang saya akan memperkenalkan set induksi saya yang menggunakan nyanyian dalam pengajaran bahasa Melayu dalam aspek penjodoh bilangan.

LAGU PENJODOH BILANGAN
SATU BIJI, DUA BIJI, TIGA BIJI, TEMBIKAI...
SAYA SUKA MAKAN BIJI TEMBIKAI KAI... KAI... KAI...
SATU BIJI, DUA BIJI, TIGA BIJI DURIAN...
ADIK TAK SUKA MAKAN BIJI DURIAN YAM... YAM... YAM...


Dengan menggunakan nyanyan lagu sebagai set induksi memang menyeronokkan murid saya. Bukan sahaja murid saya suka menyanyi malahan saya sendiri pun suka menyanyi. Penggunaan nyanyian sebagai set induksi bukan sahaja menyeronokkan murid saya malahan dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih ceria. Murid dapat menyanyi sambil membuat aksi yang begitu menyeronokkan. Apabila kita hendak meneruskan langkah pengajaran yang seterusnya, murid kita akan berminat untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Oleh itu, dalam setiap pengajaran, saya akan cuba mencipta lagu pengajaran dan pembelajaran saya.

Sunday 27 November 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan sebelum kata nama untuk membilangan manusia, haiwan, banda, tempat dan lain-lain.

Semasa mengajar penjodoh bilangan, kita sebagai guru perlulah terlebih dahulu mendalami maksud setiap penjodoh yang hendak disampaikan sebelum kita mengajar murid kita. Kita dicadangkan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik supaya dapat menarik minak murid untuk belajar. Kita janganlah hanya bercakap di depan dan murid kita mendengar sahaja. keadaan ini akan membosankan murid kita untuk belajar.  Misalnya kita boleh menggunakan kemahiran didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Contohnya kta boleh menggunakan nyanyian, kuiz, permainan, teka-teki dan sebagai aktiviti yang dapat memupuk minat muird kita untuk meneruskan pelajaran kita yang seterusnya. Guru haruslah ingat kreatif dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kita akan mendatangkan hasil pembelajaran yang berkesan.
Semasa kita mengajar penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu, kita janganlah sekaligus mengajar 10 penjodoh bilangan. Ini akan menyebabkan murid sukar untuk mempelajari penjodoh bilangan yang begitu banyak ini. Misalnya kita bolah mengajar 5 penjodoh bilangan dahulu diikuti 5 penjodoh bilangan lagi kita boleh mengajar pada hari lain.

Contoh penjodoh bilangan:

1. batang :  digunakan untuk benda yang panjang dan lurus
                  contohnya: besi, sungai , pensel, pembaris

2) bilah  : digunakan untuk benda yang tajam dan runcing
                contohnya: pisau, kapak, keris, sabit

 3) keping: digunakan untuk benda yang nipis, lebar dan rata 
                contohnya: gambar, kad, roti, papan

4) ketul  : digunakan untuk benda yang berketul dan padu
               contohnya: ais, batu, arang, tulang            

5) butir : digunakan untuk benda yang kecil dan agak bulat
               contohnya: mutiara, batu permata, manik
 

Friday 18 November 2011

Pengajaran Tatabahasa-Antonim




Semasa mengajar antonim, saya telah menggunakan kaedah didik hibur iaitu nyanyian dan permainan “Mencari kawan". Semasa melaksanakan pengajaran ini, saya telah meneliti tingkahlaku murid dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid berasa amat gembira dengan nyanyian dan permainan  yang dilakukan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid saya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid saya dapat membaca dan mengenal antonim yang diajar.

Lagu Mencari Kawan
Satu Dua Tiga, Kawan Saya Di mana?
Di mana...Di mana... Kamu Sembunyi?
Oh...Oh...Kamu Sembunyi Di Sini...


Wednesday 16 November 2011

Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tatabahasa-Penjodoh Bilangan
Saya mengajar 5 penjodoh bilangan iaitu botol, buah, kuntum, bentuk dan bilah.Misalnya,
a) botol-  susu, ubat, air, minyak
b) buah-  kereta , rumah,  kereta, basikal
c) kuntum- bunga
d) bentuk:- cincin
e) bilah- pisau, kapak, gunting




Thursday 10 November 2011

Menanam semangat belajar dan suka belajar di kalangan murid







Cara terbaik melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Semasa guru hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran, apa yang penting guru ketahui sebelum melaksanakan pengajaran ialah:
i. Apa yang hendak diajar
   - Kemahiran bahasa
   - Seni bahasa
   - Tatabahasa
ii.Setakat mana hendak diajar
   -mudah untuk murid menguasai
   - menggalakann murid berfikir secara kreatif, inovatif,dan kritis ke arah melahirkan murid yang kreatif 
     dan inovatif
   - membentuk murid yang celek ICT dan keusahawan
   - penyampaian guru mestilah berkesan dan membolahkan majoriti murid menguasaikemahiran yang
      diperlukan.
iii.Bagaimana penyampaian yang berkesan 
   - mudah difahami oleh murid
   - aktiviti mudah dilaksanakan
   - aktiviti menarik dan disukai oleh murid

APA YANG MURID KITA SUKA
* MENYANYI          *BERKHAYAL
* BERGERAK       * BERLAKON
* BERMAIN            *MENIRU GAYA
* BERCERITA

Monday 7 November 2011

Keadaan murid belajar di dalam kelas

Lagu kiri kanan

Atas  Bawah Goyang-goyang,

Kiri Kanan Goyang-goyang,

Atas Bawah Goyang-goyang,

Kiri Kanan Goyang-goyang.

Atas Bawah Kiri Kanan,

Kiri Kanan Atas Bawah

Saya suka goyang-goyang,

Atas Bawah Kiri Kanan...