Myspace Glitter Text

Sunday 27 November 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan sebelum kata nama untuk membilangan manusia, haiwan, banda, tempat dan lain-lain.

Semasa mengajar penjodoh bilangan, kita sebagai guru perlulah terlebih dahulu mendalami maksud setiap penjodoh yang hendak disampaikan sebelum kita mengajar murid kita. Kita dicadangkan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik supaya dapat menarik minak murid untuk belajar. Kita janganlah hanya bercakap di depan dan murid kita mendengar sahaja. keadaan ini akan membosankan murid kita untuk belajar.  Misalnya kita boleh menggunakan kemahiran didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Contohnya kta boleh menggunakan nyanyian, kuiz, permainan, teka-teki dan sebagai aktiviti yang dapat memupuk minat muird kita untuk meneruskan pelajaran kita yang seterusnya. Guru haruslah ingat kreatif dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kita akan mendatangkan hasil pembelajaran yang berkesan.
Semasa kita mengajar penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu, kita janganlah sekaligus mengajar 10 penjodoh bilangan. Ini akan menyebabkan murid sukar untuk mempelajari penjodoh bilangan yang begitu banyak ini. Misalnya kita bolah mengajar 5 penjodoh bilangan dahulu diikuti 5 penjodoh bilangan lagi kita boleh mengajar pada hari lain.

Contoh penjodoh bilangan:

1. batang :  digunakan untuk benda yang panjang dan lurus
                  contohnya: besi, sungai , pensel, pembaris

2) bilah  : digunakan untuk benda yang tajam dan runcing
                contohnya: pisau, kapak, keris, sabit

 3) keping: digunakan untuk benda yang nipis, lebar dan rata 
                contohnya: gambar, kad, roti, papan

4) ketul  : digunakan untuk benda yang berketul dan padu
               contohnya: ais, batu, arang, tulang            

5) butir : digunakan untuk benda yang kecil dan agak bulat
               contohnya: mutiara, batu permata, manik
 

No comments:

Post a Comment