Myspace Glitter Text

Tuesday 29 November 2011

Masalah Pengajaran Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Di Dalam Kelas




Dari pengalaman saya, dalam mengajar semua aspek dalam Bahasa Melayu, aspek Tatabahasa merupakan satu aspek yang amat sukar dijalankan di dalaam kelas. Sedia kita mengetahui bahawa pengajaaran tatabahasa di dalam kelas selalunya membosaankan murid kita dan kurang menarik minat murid kita dalam mengikuti bahagian yang seterusnya.Selalunya kita mengajar tatabahasa dalam kelas adalah secara langsung dengan menerangkan hukum dan rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contoh yang umum sahaja. Boleh dikatakaan semua guru bahasa selalu menggunakan teknik pengajaran ini untuk pengajarannya dalam tatabahasa tanpa ada sebarang perubahan. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan lagi bentuknya. Bagi murid pula, mereka kebiasaan kurang berminat untuk belajar tatabahasaa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik pengajaran yang guru gunakan tidak dapat menari perhatian mereka.
 

  Oleh itu, guru-guru bahasa perlulaah kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid kita. Sebenarnya terdapat banyak teknik pengaajaran yang boleg digunakan untuk mengajar tatabahasa kepada murid-murid . Dengan berdasarkan pengalaman saya, murid lebih menarik dengan teknik yang menarik seperti nyanyia , lakonan, kuiz dan sebaginya. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah melalui teknik nyanyian. Saya juga suka akan penggunaan teknik nyanyian dalam pengajaran saya. jadi , perkaara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah dapat menarik perhaatian murid kita dan tidak akan membosankan mereka.
Sendiri Mencipta Alat Bantu Mengajar
Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik juga amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kita.Alat bantu mengajar seperti kad imbasan, kad-kad bergambar, video, benda maujud dan sebagainya dapat menjadikan pengajaraan dan pembelajaaran kita menjadi lebih menarik dan berkesan.
    
 










  




 


       


No comments:

Post a Comment