Myspace Glitter Text

Monday 28 November 2011

PENGGUNAAN LAGU PENJODOH BILANGAN SEBAGAI INDUKSI

Set induk merupakan satu langkah permulaan yang amat penting bagi memastikan sama ada pengajaran kita yang seterusnya dapat diteruskan dengan berkesan. Oleh itu, kebiasaannya saya akan memulakan set induk si saya dengan nyanyian, teka-teki, dan bercerita. Sekarang saya akan memperkenalkan set induksi saya yang menggunakan nyanyian dalam pengajaran bahasa Melayu dalam aspek penjodoh bilangan.

LAGU PENJODOH BILANGAN
SATU BIJI, DUA BIJI, TIGA BIJI, TEMBIKAI...
SAYA SUKA MAKAN BIJI TEMBIKAI KAI... KAI... KAI...
SATU BIJI, DUA BIJI, TIGA BIJI DURIAN...
ADIK TAK SUKA MAKAN BIJI DURIAN YAM... YAM... YAM...


Dengan menggunakan nyanyan lagu sebagai set induksi memang menyeronokkan murid saya. Bukan sahaja murid saya suka menyanyi malahan saya sendiri pun suka menyanyi. Penggunaan nyanyian sebagai set induksi bukan sahaja menyeronokkan murid saya malahan dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih ceria. Murid dapat menyanyi sambil membuat aksi yang begitu menyeronokkan. Apabila kita hendak meneruskan langkah pengajaran yang seterusnya, murid kita akan berminat untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Oleh itu, dalam setiap pengajaran, saya akan cuba mencipta lagu pengajaran dan pembelajaran saya.

No comments:

Post a Comment